CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 10 January 2013

MESYUARAT PROFESIONALISME GURU KALI 1/2013

Setelah bercuti selama hampir sebulan lebih, kini tibalah masanya kembali ke sekolah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru prasekolah bagi tahun 2013. Sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan sesi 2013, guru-guru telah diwajibkan untuk menghadiri Mesyuarat Profesionalisme Guru kali 1 pada 27 Disember 2012 (Khamis).








 
 
 
 
 

Tuesday, 11 December 2012

TUGASAN KRT 3013-TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah saya menyiapkan Tugasan KRT 3013 (Teknologi Maklumat Sekolah Rendah) iaitu Pembinaan Blog Pembelajaran dan Pengajaran bagi Semester 2 Program Pensiswazahan Guru Pendidikan Jarak Jauh UPSI walaupun pembinaan blog ini tidaklah sebaik dan secantik blog rakan-rakan yang lain. Almaklumlah, saya budak baru belajar.
 
Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada tutor yang banyak memberikan tunjuk ajar di dalam penghasilan blog ini iaitu En. Hidayatullah, rakan-rakan guru di SK Kampong Pasir dan khususnya kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengikuti program pendidikan jarak jauh  ini terutamanya rakan-rakan e-learning (EL-JO5) dan  rakan-rakan di dalam kumpulan 7  yang banyak memberikan kerjasama, bantuan dan sokongan dalam membina blog ini. Insyaallah saya akan meneruskan perjalanan blog ini dan menambahbaiknya dari masa ke semasa.
 
Memang tidak dapat dinafikan bahawa penulisan blog ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Kepada rakan-rakan guru  diharap dapat berkongsi maklumat dan ilmu melalui penulisan blog ini. Sekian, terima kasih...
 
 

KENANGAN BERSAMAMU 2012

Kenangan indah bersama murid-murid Prasekolah Harapan tersayang, Pembantu Pengurusan Murid (ppm), Guru Pendidikan Islam serta pihak pentadbir (Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang diambil pada 1 Ogos 2012. Kini anak didikku ini menghitung hari untuk melangkah ke Tahun Satu dalam masa beberapa minggu lagi. Semoga terus berjaya di masa hadapan.
 


PENGUASAAN BAHASA MELALUI AKTIVITI PERMAINAN BAHASA

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak. Antaranya adalah dengan melalui aktiviti permainan bahasa seperti permainan silangkata, suai pasang (jigsaw puzzle), teka-teki dan sebagainya yang akan dapat menarik minat murid terhadap pembelajaran. Aktiviti ini turut dijalankan di dalam pembelajaran prasekolah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa kanak-kanak di samping dapat meningkatkan daya fikir yang kritis dan kretif di kalangan kanak-kanak prasekolah. Contohnya seperti pantun teka teki yang dijalankan mengikut tema yang telah ditetapkan.
 
Contoh pantun teka-teki (buah-buahan):
 
Naik basikal pergi ke pekan,
Singgah membeli periuk belanga,
Sungguh manis bila dimakan,
Kulitnya merah berambut pula.
 
Jawapan : Buah Rambutan
 
 
Tiap pagi pergi ke sawah,
Mencari rezeki untuk keluarga,
Terkenal sebagai raja buah,
Durinya tajam tidak terkira.
 
Jawapan : Buah Durian
 
Adik kecil mukanya bersih,
Selepas dimandi oleh bonda,
Kulitnya hitam isinya putih,
Rasanya manis seperti gula.


Jawapan : Buah Manggis


Sunday, 9 December 2012

VIDEO ANIMASI KANAK-KANAK

Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya suka menonton animasi kanak-kanak yang sering disiarkan melalui siaran Radio Televisyen Malaysia di kaca televisyen. Apalagi kalau bukan Animasi Hikayat Sang Kancil yang mempunyai banyak kisah dan tauladan untuk semua. Namun, kini ianya telah digantikan dengan animasi yang lebih menarik seperti Upin, Ipin dan kawan-kawan. Malah, Hikayat Sang Kancil juga turut diubahsuai sesuai dengan penerimaan kanak-kanak pada masa kini. Namun tetap memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak melalui pengajaran daripada cerita yang dilihat. Malah, menonton cerita atau video juga akan  dapat mengukuhkan penguasaan bahasa kanak-kanak di samping mempelajari pengajaran dan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut. Jom tonton video bersama-sama...
 
Suatu ketika dulu...
 
Pada masa kini...
 
 
 
 

MARI BACA AYAT KVK

Mari kita baca...
 
 


MARI BACA AYAT KVKV

Ayat KVKV

Mari kita baca...